Pengalaman                    Muka depan

(Kemaskini 12/2/2007)

 

Pengalaman boleh meningkatkan keupayaan pemain semasa perlawanan, tetapi bagaimana pemain memperolehi penambahan skil pengalaman adalah sukar untuk diramal.

 

Pengalaman yang diperolehi untuk satu perlawanan

 

Persahabatan                                     0.1 markah

Persahabatan antarabangsa               0.2 markah

Liga                                                   1   markah

Cup                                                    2   markah

Mewakili Negara (Pertandingan)      10 markah (Kesemua pemain menerima markah)

Mewakili Negara (Persahabatan)       ?  markah (Kesemua pemain menerima markah)

 

 

Terdapat banyak pendapat yang berlainan tentang cara penambahan skil pengalaman diperolehi. Saya menggunakan cara yang tercatat di atas dalam kajian saya dan ianya amat sesuai.

 

Sekiranya pemain dikemaskini selepas satu perlawanan, dia akan menerima markah pengalaman berdasarkan perlawanan tersebut. Markahnya akan dikemaskini lagi sekiranya dia menjaringkan goal, menerima kad kuning/merah atau jika dia tercedera (walaupun dia tidak diganti oleh pemain simpanan).

Perhatikan, seseorang pemain tidak akan menerima lebih markah pengalaman kerana bilangan gol jaringannya yang banyak ataupun dia telah menjaringkan satu gol dan mendapat kad amaran dalam satu perlawanan yang sama.

 

Tetapi sekiranya, dia tidak dikemaskinikan, dia mempunyai kemungkinan menerima tiga kali ganda jumlah markah, juga mempunyai risiko tidak mendapat apa-apa markah. Tetapi berapa besarkah kemungkinan untuk mendapat ketiga-tiga markah itu tidak diketahui, mungkin dalam 20 – 40%.

 

– Dalam perlawanan cup, pemain tidak akan menerima tiga kali ganda jumlah markah tetapi hanya dua kali ganda jumlah markah. Iaitu sebanyak 4 markah sekiranya pemain tidak perlu dikemaskinikan lagi, tetapi masih mendapat pengalaman.

 

Saya diberitahu bahawa HT juga mengemaskinikan jaringan gol dan kutipan kad amaran untuk perlawanan persahabatan, oleh itu kaedah pengiraan yang telah dibincang sebelum ini juga digunakan untuk perlawanan persahabatan.

 

Hasil dari kajian saya sendiri telah menunjukkan bahawa setiap pemain perlu mengutip 28 markah untuk satu tahap peningkatan pengalaman.

 

 

Pasukan Negara

Musim yang lepas saya mempunyai seorang pemain dalam skuad U20, dengan ini akhirnya saya menemui “formula” untuk perlawanan Pertandingan Mewakili Negara. Untuk perlawanan Persahabatan Mewakili Negara saya masih tidak tahu apa-apa tentangnya, diharapkan saya akan mengetahuinya di suatu hari nanti :)

 

YP

Saya telah menerima banyak email berkenaan dengan YP meningkat kepada pengalaman “wretched” selepas sahaja bermain dalam beberapa perlawanan, oleh itu selamat bagi saya mengatakan bahawa para pemain muda ini memang boleh “dilahirkan” bersama dengan sedikit pengalaman, oleh itu tahap peningkatan pengalaman yang pertama adalah amat pantas.

 

 

Bolehkah kita melihat berapa banyak markah yang telah diperolehi oleh pemain?

 

Tidak boleh! Sama seperti skil yang lain, tahap pengalaman ada titik perpuluhannya, oleh itu mustahil untuk mendapatkan nilai yang tepat, tetapi anda boleh mendapatkan petunjuk tahap terkini pengalaman pemain anda dengan menggunakan kaedah yang dibincangkan di bawah.

 

Kaedah jurulatih

 

Dengan menggunakan pemain yang telah bersama dengan kelab anda sekurang-kurangnya 16 minggu, dan sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman inadequate, ada satu kaedah yang amat berkesan.

 

Lakukan seperti di bawah:

 

-  Masuk ke Hattrick, pilih kelab anda dan kemudian “Training”

-  Tekan "change coach", kemudian "Use existing player

-  Cari pemain yang anda ingin periksa dan pilihlah dia.

- Keupayaan taktik pemain tidak begitu penting oleh itu pilihlah satu daripadanya. Sekarang anda boleh lihat berapa nilai yang diperlukan untuk menjadikannya seorang jurulatih yang inadequate. Perhatikan, nilai yang diperlukan untuk menukarkan pemain kepada seorang jurulatih yang inadequate adalah nilai yang sentiasa perlu anda ambil kira, tidak kira berapa tinggi pengalaman yang dipunyainya. - Nilai ini kemudiannya dibandingkan dengan model di bawah dan VOILA….sekarang anda tahu berapa banyak markah yang diperolehi pemain anda.

 

                                                   

Harga dalam MYR

 

Points Inadequate Passable Solid Excellent Formidable Outstanding Brillant Magnificent
0 175200 140800 117600 100800 87600 78000 69600 63600
1 172400 138800 116000 100000 86800 77200 69200 63200
3 169200 136800 114400 98800 86000 76800 68800 62800
5 166400 134800 113200 98000 85200 76000 68400 62400
7 163600 133200 112000 96800 84400 75600 68000 62000
9 161200 131200 110800 95200 84000 74800 67200 61600
11 158400 129600 109600 94000 83200 74400 66800 61200
13 156000 128000 108400 93200 82400 74000 66400 60800
15 153600 126400 107200 92400 81600 73200 66000 60400
17 151200 124800 106000 91600 81200 72800 65600 60000
19 149200 123200 105200 90800 80400 72400 65200 59600
21 146800 121600 104000 90000 80000 71200 64800 59200
23 144800 120400 102800 89200 79200 70800 64400 58800
25 142800 118800 102000 88400 78400 70400 64000 58400
27 140800 117600 100800 87600 78000 69600 63600 58000

 

Jika harga pemain adalah 161,200 MYR bermakna dia mempunyai markah pengalaman antara 9 hingga 10.9 markah.

Jadual untuk tahap lain akan ditambah bila ianya selesai. Terdapat beberapa masalah dari segi nombor, dan saya tidak pasti samada semuanya betul, jadi sekiranya anda ada apa-apa untuk ditambah, hubungi saya melalui HT mail :)

Para pemain lain

Untuk para pemain yang lain, tiada terdapat cara yang tepat lagi, tetapi anda boleh mengiranya sendiri menggunakan dokumen excel saya yang boleh dimuat turun  DI SINI  (English version)

 

Saya cuba menjelaskan secara ringkas di sini:

Min. points: Jumlah markah terkumpul pemain yang anda telah ketahui. 

Max. point: Jumlah markah tertinggi yang mungkin boleh diperolehi oleh pemain. Ini adalah sekiranya dia mendapat markah untuk setiap perlawanan yang telah berlalu, tidak kira samada dia perlu dikemas kini ataupun tidak.

- Sekiranya jumlah terendah markah telah mencapai 28 markah, pemain anda sepatutnya telah meningkat kepada satu tahap lain.

- Markah tertinggi adalah sedikit berbeza. Anda boleh menggunakan ini sebagai petunjuk bahawa pemain anda telah mempunyai peluang peningkatan tahap. Pemain tidak mempunyai peluang untuk peningkatan tahap sehinggalah nilai markah mencecah 28 markah.

Setakat ini saya lihat peningkatan tidak akan berlaku sebelum “jumlah minimum markah” hampir kepada 20.

Tetapi anda mungkin bertuah ;-)

 

Carlei, SIF Bryggen

*Diterjemahkan oleh: w_hafiz, Abe Kacok FC (73073)

                                   ( http://www.ht-arena.com/w_hafiz )